About Homemadebeute

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Sebagai peniaga saya cuba menawarkan produk yang berkualiti yang paling penting pada harga yang CUKUP MURAH..... "jimat belanja, jimat poket anda" jika berpuashati dengan harga yang ditawarkan sila war-warkan kepada kawan2, dan jika sebaliknya sila adukan kepada saya juga. Saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik.....

Thursday, October 14, 2010

Jom, ketahui kelebihan scrub pulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya ingin berkongsi dengan kengkawan kelebihan beras pulut putih dan pulut hitam.  Sekarang ni terlalu
banyak produk yg kita guna mempunyai bahan kimia yang berbahaya samada disedari atau tanpa disedari. 
Terpulang kepada individu untuk memilihnya.  Pilihan terletak ditangan anda...
Tapi saya ingin menyenangkan kerja kengkawan bg yang berminat menggunakan bahan tradisional ini.  Saya
proses dan saya jual dengan harga yang murah.  Memang berbaloi...
Okey, kita kenali dulu apa khasiat yg terkandung dalam beras pulut.
Beras pulut memiliki kandungan zat pati yang unggul. Lebih kurang sekitar 80-85 peratus. Bakinya dipenuhi
dengan kandungan protein, mineral, vitamin dan air.
Zat pati pada asalnya terbahagi kepada dua, iaitu amilosa (pati dengan struktur tidak bercabang) dan
amilopektin (pati dengan struktur bercabang).  Pulut hitam warnanya yang ungu gelap kelihatan hitam
disebabkan aleuron dan endosperm/a (tempat penyimpanan pati dan protein) memproduksi antosianin (pigmen
semula jadi) dengan kekuatan yang tinggi. Itulah puncanya berwarna menjadi gelap.  Sifat amilopektin yang
tidak larut dalam air membuatkan teksturnya lebih pekat dan melekit. 
Kajian menunjukkan, semakin gelap warnanya, semakin tinggi pula kandungan pigmen anti penuaan pada beras
pulut. Selain itu, pigmen juga kaya flavonoid yang mampu mencegah pengerasan pembuluh nadi.
Sebab itu kebanyakan rakyat Thai punya kulit yang cantik, halus dan licin.  Sebab mereka suka makan pulut...
Tapi orang dulu kala juga mengamalkan kecantikan menggunakan pulut yang ternyata banyak khasiatnya.
Scrub beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping
memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.  Selain itu ia dapat menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan
sentiasa lembap jika digunakan secara konsisten.
Secara khususnya pulut putih lebih kepada mencerahkan dan pulut hitam boleh memudarkan jeragat dan bintik
hitam serta menggebukan kulit.
Ada beberapa cara jika hendak mendapatkan khasiat tambahan.  Tapi jika digunakan sendirian ianya sudah
mencukupi.  Terpulang kepada masing-masing.
(1) Air limau nipis - Boleh kurangkan bau badan dan mengurangkan parut
(2) Air mawar - melembut, memutih dan menggebukan kulit
(3) Susu tepung - Melembutkan dan memutihkan kulit
(4) Madu  - Melembapkan dan menyerikan kulit
(5) Asam jawa - Boleh menghaluskan tapak kaki yang pecah-pecah

No comments:

Post a Comment