Ambil 1 sudu kecil scrub/masker pulut, dibancuh dengan air atau bahan optional yang lain, tidak terlalu pekat atau cair, gosok dimuka secara lembut. Selepas digosok, biarkan selama lebih kurang 10 minit atau hingga agak kering, bilas dengan air biasa. Selepas itu sapukan toner dan pelembab dimuka.
Untuk badan pula boleh dibancuh agak pekat kerana kulit badan agak kasar berbanding ngan kulit muka. Gosok keseluruh badan termasuk bawah ketiak dan di celah paha. Biarkan kering seketika dan bilas dengan bersih.
Sebenarnya scrub /masker pulut ini boleh dicampurkan dengan body shampoo. Gosok sampai berbuih... Terpulang kepada pengguna....
senangkan.... sebenarnya mudah untuk menjadikan diri cantik dan bersih....
No comments:
Post a Comment